Jangan tekan Perdana Menteri isu rombakan Kabinet - Johari - Utusan Malaysia

Jangan tekan Perdana Menteri isu rombakan Kabinet – Johari

JOHARI Abdul Ghani (tengah) hadir pada program ziarah kasih masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Bot, Pelangai di Bentong, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Mana-mana pihak tidak boleh memberikan tekanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu rombakan Kabinet kerana ia keputusan eksklusif Perdana Menteri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau secara peribadi sebagai seorang ahli Parlimen menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ketika ini.

“Jadi, kita kena biarkan Perdana Menteri buat keputusan. Sama ada hendak buat rombakan atau tidak, itu hak mutlak Perdana Menteri.

“Tidak boleh mana-mana pihak membuat tekanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ziarah Kasih Kampung Orang Asli Kampung Sungai Gapoi di sini.

Terdapat ura-ura Anwar bakal melakukan rombakan kabinet seiring keperluan untuk melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Nama Johari antara yang disebut-sebut untuk jawatan Menteri Kewangan II sekiranya berlaku rombakan Kabinet.

Anwar pada Jumaat lalu memberitahu, beliau terfikir tentang rombakan kabinet namun ia tidak terlalu mendesak.

Ditanya adakah beliau ada dipinang untuk menjadi anggota Kabinet, Johari yang juga Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers) berkata, dalam politik tiada pinang meminang.

“Dalam politik ni mana ada pinang-pinang (tawaran menyertai kabinet). Politik ni apabila dia (Anwar) jadi PM (Perdana Menteri) dia akan susun dia punya barisan dan pasukan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya