Jangan normalisasi qazaf -Khairuddin Aman Razali

Jangan normalisasi qazaf -Khairuddin Aman Razali

Khairuddin Aman Razali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dosa qazaf tidak sepatutnya dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat kerana ia merupakan dosa besar dan termasuk dalam kategori jenayah hudud dalam agama Islam.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, qazaf atau tuduhan zina mahupun liwat tanpa empat saksi mata merupakan dosa besar dalam Islam.

Menurut beliau, hukuman jelas disebut dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nur:4 iaitu hukuman pada pelaku yang melakukan tuduhan tersebut adalah sebat sebanyak 40 rotan, tidak diterima kesaksian dan dihukum fasik dalam Islam.

“Dosa ini tidak wajar dijadikan bahan lawak jenaka atau permainan politik. Sangat malang apabila semakin ditegur semakin galak sebilangan ahli politik membuat rakaman video membuat tuduhan qazaf.

“Kita boleh berbeza pendapat dan sentimen kepartian tetapi tidak wajar mempermainkan hukum Islam.

“Dosa qazaf tidak wajar dinormalisasikan atas nama perbezaan politik kepartian. Para Asatizah kena beramai-ramai menegur normalisasi dosa ini agar umat Islam terselamat dari bala bencana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, di aplikasi TikTok tular sebuah video yang berdurasi 30 saat menunjukkan sekumpulan lelaki mengulang kenyataan pemimpin utama negara sebagai seorang peliwat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya