Jangan biadap, merendah-rendahkan penyanyi lain - Adzrin Adzhar - Utusan Malaysia

Jangan biadap, merendah-rendahkan penyanyi lain – Adzrin Adzhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Adzrin Adzhar terkilan dengan sikap segelintir peminat dipercayai fanatik penyanyi, Aina Abdul yang mengecam dan mengkritik secara negatif nyanyiannya selepas dikatakan meniru artis kesayangan mereka.

Kongsi penyanyi Pujaan Malay itu, dia sentiasa menerima secara terbuka teguran bagi tujuan menambah baik namun menolak kritikan yang merendah-rendahkan dan membandingkan penyanyi lain.

“Bukannya saya tak pernah dikritik. Saya amat alu-alukan kritikan kerana pandangan pendengar itu penting. Malah sebagai guru vokal, semestinya saya mengharapkan pendapat orang luar untuk menambah baik ilmu yang dimiliki.

“Tetapi yang ralatnya adalah cara peminat yang kononnya fanatik itu memberikan komen adalah terlalu naif dan sangat tidak profesional.

“Ada segelintirnya sengaja menyeru rakan lain berkomplot meninggalkan komen berbaur menghina,” dedah penyanyi yang juga vokalis The AANTU itu.

Terdahulu, Adzrin memuat naik video nyanyian asal Aina, Terus Hidup di aplikasi TikTok dan mula menerima komen negatif daripada beberapa individu yang kononnya menampakkan diri mereka sebagai peminat fanatik penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, sebagai penyanyi yang lebih dahulu terjun ke bidang muzik, Adzrin mengharapkan agar peminat mana-mana selebriti mengutamakan persaingan sihat dan saling menyokong demi kelestarian industri seni,

“Adab lebih utama daripada ilmu. Jika seseorang itu tahu menjaga tata susilanya, automatik apa jua pandangannya akan dihormati.

“Biarlah kita bersaing secara sihat dan industri seni ini harmoni tanpa wujudnya individu yang sengaja mencipta pergaduhan dan perbalahan.

“Saya dan Aina juga tidak ada masalah. Saya menghormati dia sebagai penyanyi dan komposer yang hebat. Untuk tiru atau jadi seperti dia, lambat lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya