Jabatan Peguam Negara tolak dakwaan timbang tara Goldman

Jabatan Peguam Negara tolak dakwaan timbang tara Goldman Sachs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia menolak semua dakwaan terkandung dalam tuntutan timbang tara dikemukakan Goldman Sachs berhubung isu penyelesaian dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana menyalahi tatacara kerajaan ini.

Jabatan Peguam Negara menjelaskan, pihaknya yang mewakili kerajaan Malaysia ekoran perkembangan itu akan menyediakan maklum balas berhubung tuntutan berkenaan di dalam ruang lingkup undang-undang dengan menegaskan bahawa kepentingan rakyat Malaysia adalah yang paling utama.

“Kerajaan Malaysia menerima permintaan timbang tara semalam daripada Goldman Sachs Group, Inc. 

“Ini ekoran pertikaian timbul daripada dakwaan oleh Goldman Sachs tentang pelanggaran oleh kerajaan Malaysia berpunca daripada perjanjian penyelesaian dimeterai antara Goldman Sachs, kerajaan Malaysia dan 1MDB pada 18 Ogos 2020.

“Kerajaan Malaysia menafikan semua dakwaan yang terkandung dalam permintaan untuk timbang tara kerana menyalahi ciri tatacara kerajaan Malaysia,” kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Goldman Sachs dilaporkan memfailkan saman terhadap Malaysia di sebuah mahkamah United Kingdom (UK) ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1MDB.

Menurut laporan Reuters, saman berkenaan difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA), kelmarin.

Sebaliknya Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan Goldman Sachs memfailkan saman terhadap Malaysia berhubung penyelesaian 1MDB adalah sebagai pramatang dan dilakukan tanpa pertimbangan sewajarnya terhadap prasyarat yang diperlukan.

Beliau berkata, malah, usaha itu disifatkan satu percubaan pihak berkaitan untuk mengurangkan dan mengalihkan perhatian daripada kewajipan mematuhi keperluan pembayaran interim sebanyak AS$250 juta di bawah perjanjian penyelesaian.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN