Isu replika senjata di sekolah: KPM tunggu laporan penuh - Utusan Malaysia

Isu replika senjata di sekolah: KPM tunggu laporan penuh

FADHLINA Sidek (tengah) menurunkan tanda tangan sebagai simbolik melancarkan Taman Angkat Amanita Kontinjen Pulau Pinang di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu laporan penuh berhubung isu replika senjata mainan di sebuah sekolah yang sedang tular ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau juga telah mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan mengenai perkara itu.

“Mesti ada laporan sebelum kita ambil apa-apa tindakan dan ia juga mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Garis panduan ini juga sangat jelas. Sebab itulah kita telah adakan satu libat urus bersama pihak-pihak yang berkaitan. Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan dan sebagainya.

“Alhamdulillah, ia berlangsung dalam suasana yang harmoni dengan mengangkat tema kemanusiaan, kedamaian serta keamanan sejagat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini hari ini.

FADHLINA Sidek (tengah) bersama Khaw Kok Chin (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Pulau Pinang di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan serta Luar Bandar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Rashidi Zinol.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, beliau masih membuat penegasan bahawa soladariti Palestin di semua sekolah adalah digalakkan dalam usaha menanam nilai-nilai positif dalam kalangan murid serta pelajar sekolah.

“Pada masa sama, kita juga tidak akan berkompromi dengan unsur-unsur radikalisme, ekstremisme serta keganasan dan saya berpendapat, replika-replika senjata itu tidak seharusnya dibenarkan sama sekali berada dalam kawasan sekolah.

“Jadi, kita minta semua pihak khususnya di bawah institusi pendidikan untuk berikan perhatian penuh terhadap garis panduan yang telah kita keluarkan ini.

“Sebab itu juga Minggu Solidariti Palestin ini dibuat dalam tempoh yang terhad. Bermula 29 (Oktober) sampai 3 November sahaja supaya kita boleh kawal, boleh pantau dan selain daripada itu, mana-mana sekolah yang melanggar garis panduan ini akan kita ambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya