Isu penjualan tanah; PCC tidak sasar ahli politik, syarikat atau individu tertentu - Utusan Malaysia

Isu penjualan tanah; PCC tidak sasar ahli politik, syarikat atau individu tertentu

AHLI-AHLI Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC) diketuai Hong Yeam Wah (duduk, empat dari kiri) dalam sidang akhbar berkenaan penjualan tanah oleh kerajaan negeri di George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC) tidak menyasarkan mana-mana ahli politik, syarikat atau individu susulan pendedahan mengenai penjualan tanah di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH Construction Sdn. Bhd. (UMECH).

Pengerusinya, Datuk Seri Hong Yeam Wah berkata, PCCC juga tidak mempunyai sebarang agenda atau kepentingan peribadi apabila mengetengahkan perkara tersebut.

Katanya, PCCC berpendapat masih belum terlambat untuk semua pihak terlibat membetulkan keadaan biarpun berlaku kelewatan dalam penamatan perjanjian usaha sama antara PDC dengan UMECH Land Sdn. Bhd. (UMECH Land).

”Kami kesal kerana isu ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya kerajaan negeri dan Lembaga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menerima pandangan PCCC yang terkandung dalam surat kami bertarikh 27Julai lalu. Sebaliknya, ia telah berlarutan dan menjadi kontroversi,” katanya dalam sidang akhbar di PCCC, di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram, BKIP2, Batu Kawan kepada syarikat UMECH Land yang berakhir dengan PDC memutuskan untuk menamatkan perjanjian usaha sama tersebut.

Menurut Yeam Wah, PCCC memberi tumpuan kepada prosedur dan proses sewajarnya dalam isu penjualan tanah tersebut.

“PDC diharapkan jangan mengulangi kesilapan dan mesti bersedia dengan laporan penilaian profesional. Apa yang paling memeranjatkan dalam penjualan tanah dengan UMECH Land itu adalah, selain tiada tender awam, tiada laporan penilaian profesional.

”Tanpa perkara ini, bagaimana kita dapat memastikan kepentingan PDC dan rakyat Pulau Pinang dapat dilindungi sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga meminta Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjelaskan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh PCCC sejak Julai lalu kerana masih belum dijawab.

”Kon Yeow perlu menjelaskan bagaimana proses penjualan tanah berlaku, siapa di pihak PDC yang memberikan kelulusan dan siapa yang memberi kuasa untuk menandatangani proses tersebut.

”Apa yang lebih tidak masuk akal ialah semua orang daripada Ketua Menteri hingga lembaga pengarah PDC tidak tahu UMECH Land telah melakukan pertukaran pemegang saham.

“Oleh itu, kita menyeru kerajaan negeri menyiasat isu ini untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya