Isu menantu Muhyiddin hangatkan suasana Dewan Rakyat 

Isu menantu Muhyiddin hangatkan suasana Dewan Rakyat 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu menantu Tan Sri Muhyiddin yang melarikan diri ke luar negara sejak Mei lalu kembali menghangatkan seisi Dewan Rakyat, selepas seorang ahli Parlimen kerajaan membangkitkan perkara tersebut kepada bekas Perdana Menteri itu.  

Ahli Parlimen Kota Melaka dari DAP, Khoo Poay Tiong ketika itu mencelah dan bertanya berhubung keputusan kerajaan membenarkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (Bernas) selama 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031 ketika beliau mentadbir kerajaan Persekutuan sehingga negara berdepan isu kekurangan beras.  

Bagaimanapun, beliau secara tiba-tiba menambah dalam soalan tambahannya dengan menyebut menantu, Muhyiddin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang tidak pulang ke tanah air untuk berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Muhyiddin kemudian meminta supaya Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng menarik balik kenyataan tersebut.

“Tuan Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh Kota Melaka (Khoo) tentang menantu saya dibuat dengan niat jahat. Saya minta dia tarik balik. 

“Pasal perkara ini (beras) yang kita bahas bukan soal itu,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.  

Suasana Dewan terus berada dalam keadaan tidak terkawal menyaksikan Datuk Seri Shahidan Kassim [PN-Arau] bangkit dan mengeluarkan perkataan ‘bangsat’.

RSN Rayer [PH-Jelutong] kemudian meminta supaya Shahidan menarik balik cercaannya terhadap Khoo.

Bagaimanapun, Shahidan tetap mempertahan bahawa dia tidak menujukan perkataan itu kepada sesiapa, sebaliknya apa yang dianggapnya sebagai pelabelan umum dan tidak tertuju kepada individu tertentu.

“Saya tidak rujukkan kepada sesiapa. Saya hanya lepas geram terhadap Kota Melaka,” katanya. 

Kiong Yieng pula mengarahkan Poay Tiong menarik balik kenyataannya berkenaan menantu Muhyiddin, namun enggan berbuat demikian sebaliknya cuba memberi penjelasan lanjut.

Pun begitu, ia tidak berhenti setakat itu, malah situasi bertambah hangat sehingga mengundang beberapa ahli Parlimen pembangkang yang mahu Poay Tiong menarik balik kata-katanya.  

Beliau dilihat masih berdegil sehingga memaksa Kiong Yieng mengarahkannya supaya meninggalkan dewan dan hanya dibenarkan masuk semula selepas waktu rehat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya