Israk, Muafakat jalin kerjasama bidang pendidikan

Israk, Muafakat jalin kerjasama bidang pendidikan

Asyraff Wajdi Dusuki (tiga dari kiri) bersama Ahmad Najib Habeb (tiga dari kanan) selepas majlis penyerahan dokumen memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara Israk dan Muafakat pada majlis Makan Malam Muafakat 2023 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyedia teknologi terkemuka Israk dengan kerjasama Muafakat bekerjasama dalam bidang pendidikan dengan menganjurkan Majlis Malam Anugerah Muafakat 2023 pada 23 September lalu.

Israk dalam satu kenyataan memberitahu, acara yang dianjurkan itu menjadi malam yang penuh dengan inovasi dan komitmen bagi meningkatkan pengalaman pendidikan. 

“Acara malam gala itu bertujuan menghargai kerjasama dan sokongan padu ahli-ahli Muafakat negeri sedia ada dan mantan yang terdahulu dalam manggalas tanggungjawab melaksanakan aktiviti pembangunan, aktiviti pegumpulan dana, dan sokongan terhadap maktab masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Muafakat sebelum ini dikenali sebagai Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia, ditubuhkan pada 17 Mei 1999 dan telah menyediakan platform untuk forum dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada kebajikan dan kemajuan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Mara.

Israk turut memberi sokongan terhadap Muafakat dengan menyediakan platform dan alat teknologi terkini.

Israk turut menyediakan smartboard terkini dan kamera media sosial interaktif untuk digunakan pada hari acara Majlis Malam Anugerah Muafakat.

“Penggunaan teknologi ini bertujuan meningkatkan suasana pembelajaran dan mempersembahkan kemungkinan alat pembelajaran moden dan media interaktif dalam proses pendidikan,” katanya. 

Israk berkata, mereka juga memainkan peranan penting dalam mendorong aktiviti ekonomi, membolehkan ibu bapa, guru, dan bekas pelajar mengumpulkan dana dan mengalokasikannya kepada projek pendidikan Mara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Israk, Ahmad Najib Habeb berkata, pihaknya gembira untuk bekerjasama dengan Muafakat bagi menjayakan malam anugerah itu.

“Komitmen Israk terhadap pendidikan adalah kukuh dan kerjasama ini adalah buktii keazaman kami untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang meningkatkan pengalaman pembelajaran,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Muafakat sentiasa menjadi mercu tumpuan dan sokongan kepada pelajar dan pendidik di seluruh Malaysia untuk memberi fokus terhadap agenda pembangunan anak bangsa yang harus dimulakan dengan menyuntik ilmu pengetahuan dan maklumat pendidikan. 

“Ini adalah senjata utama untuk melakukan transformasi kepada anak bangsa. Seperti yang di bahaskan oleh Tun Razak Hussein dalam Parlimen dulu, bahawasanya untuk membangunkan anak bangsa tidak ada jalan pintas melainkan dengan ilmu dan pendidikan. 

“Ini merupakan cara di mana kita dapat merubah sosioekonomi di Malaysia. Kerjasama ini dengan Israk mencerminkan komitmen kami untuk kekal di barisan hadapan dalam teknologi pendidikan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Israk, sila layari laman web di https://www.israk.my – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya