Irmohizam dilantik Profesor Adjung AAGBS UiTM - Utusan Malaysia

Irmohizam dilantik Profesor Adjung AAGBS UiTM

AAGBS UiTM
IRMOHIZAM Ibrahim menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung bagi AAGBS UiTM daripada Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengarah Urusan Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung bagi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Arshad Ayub (AAGBS) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun bermula 1 September lalu sebagai penghargaan kepada peranan dan kepakaran Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) itu.

Menurut Irmohizam, pelantikan itu memberi peluang kepadanya secara langsung untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan minda anak muda khususnya mahasiswa UiTM dan membantu dalam membentuk generasi peneraju perniagaan seterusnya.

“Pelantikan ini saya terima dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur. Saya sangat teruja untuk menyelami selok-belok dunia perniagaan, memupuk persekitaran pembelajaran dan inovasi.

“Saya amat komited untuk menyumbang kepada institusi terkemuka ini, membimbing bakal pemimpin masa depan negara kita, dan mengekalkan warisan kecemerlangan yang diwakili oleh AAGBS,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan yang disampaikan oleh Dekan AAGBS, Profesor Dr. Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad.

Sementara itu, AAGBS dalam satu kenyataan memberitahu berdasarkan latar belakang beliau yang luas dalam dunia acara perniagaan yang dinamik, Irmohizam berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan praktikal, dunia sebenar, merapatkan jurang penting antara industri dan akademik.

Beliau juga akan memanfaatkan kemahiran kepemimpinan, pengalamannya yang luas, dan hubungan industri globalnya dalam sektor acara perniagaan untuk memperkayakan komuniti AAGBS.

Selain berperanan sebagai Profesor Adjung di AAGBS, Irmohizam sebelum in pernah memegang pelbagai jawatan di UiTM seperti Ahli Jawatankuasa Penasihat Keusahawanan, Ahli Majlis Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Penasihat UiTM FC dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya