Insken buka cawangan di Sarawak, komited bantu usahawan - Utusan Malaysia

Insken buka cawangan di Sarawak, komited bantu usahawan

EWON Benedick (empat, dari kiri) merasmikan dan menandatangi pembukaan pejabat cawangan Insken Sarawak yang terletak di Lot R210, Tingkat 2, Sarawak Plaza Shopping Complex, Kuching hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) membuka cawangannya di Sarawak bagi membantu para usahawan selepas tiga bulan badan itu bertapak di Sabah pada Mei lalu.

Insken dalam kenyataan berkata, pembukaan pejabat cawangan itu untuk memberi akses lebih mudah kepada usahawan di Sarawak bagi mendapatkan bantuan latihan dan bimbingan daripada institut tersebut.

“Pejabat ini juga dilengkapi dengan bilik latihan yang mampu memuatkan 30 peserta bagi setiap program. Oleh itu, Insken merancang mengadakan program latihan dan bimbingan akan datang di Sarawak di bilik latihan tersebut sekaligus dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi pelaksanaan kursus.

“Inisiatif membuka cawangan di Sarawak ini juga sejajar dengan saranan kerajaan agar potensi dan bakat usahawan di negeri ini digilap menerusi latihan keusahawanan.

“Insken yang peka dengan keperluan tersebut segera bertindak merapatkan jurang dari segi ilmu keusahawanan khususnya kepada usahawan mikro dan informal di Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembukaan cawangan itu telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Eon Benedick.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Sri Suriani Datuk Ahmad.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Encik Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, selain lokasi pejabat yang strategik dan memudahkan para usahawan, ia juga membolehkan kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan pihaknya.

“Saya berbesar hati untuk berkolaborasi dengan kerajaan negeri mahupun organisasi di Sarawak dengan satu matlamat yang sama iaitu membangunkan usahawan serta memajukan ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya