Inisiatif Khidmat Bantu di rumah KBDR diperluaskan di Sarawak

Inisiatif Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) akan diperluaskan di Sarawak

FATIMAH Abdullah bercakap kepada salah seorang klien warga emas Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) ketika ditemui di Kampung Baru Barat, Bintulu Sarawak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Inisiatif memperkasakan kebajikan bagi golongan memerlukan menerusi program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) akan dikembangkan di negeri Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata usaha ini akan diperhebatkan lagi dengan peruntukan bantuan dana kebajikan dari kerajaan negeri.

“Saya sudah berbincang perkara ini dengan timbalan menteri saya, dan kami berhasrat untuk membangkitkan perkara ini dengan wakil baharu kami (calon GPS Dun Jepak) tidak lama lagi.

“Kerajaan Sarawak mempunyai peruntukkan dana untuk pembaikan rumah untuk memberi manfaat kepada warga emas dan mereka yang memerlukan, dan ini merupakan bantuan yang memberi impak yang sangat tinggi.

“Ia boleh digunakan untuk membaiki bumbung, dinding, lantai dan bilik mandi serta membina tandas yang berbeza untuk keselesaan warga emas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui dalam lawatannya ke salah sebuah rumah klien program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) di Kampung Baru Barat, di sini petang tadi.

Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah.

Ia ini dilaksanakan oleh Sukarelawan Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam perkembangan sama, Fatimah berkata individu Sukarelawan Kebajikan yang dilatih dan melaksanakan tugas mereka berdasarkan konsep dan prinsip kesukarelaan.

“Selain itu ia juga salah satu tanggungjawab bersama yang mana penglibatan semua pihak diperlukan untuk menjayakannya.

“Kita mempunyai keseluruhan 44 klien berdaftar bagi program KBDR dibawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dengan masing-masing 29 orang di Jepak; Tanjong Batu, 8 orang; Kemena, 3 orang; dan Kakus 4 orang.

“Sehubungan itu, sukarelawan ini kita akan membuat pemilihan terlebih dahulu dan beri latihan, sebelum dilantik sebagai sukarelawan KBDR yang berdaftar, dan tugas mereka beri bantuan kepada warga emas yang sudah tidak dapat keluar rumah, dimana konsepnya kita mahu ahli masyarakat terlibat bersama mensejahterakan rakyat dalam komuniti itu sendiri, daripada komuniti kepada komuniti,” jelas Fatimah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya