AMERIKA SYARIKAT: Ibu kepada bintang atlet Travis Kelce, Donna, dikatakan merestui keakraban anaknya dengan penyanyi popular dunia,Taylor Swift.
Donna dan Taylor sebelum ini pernah bertemu serta duduk sebelah menyebelah sambil ketawa ketika menyaksikan Travis di sebuah pertandingan bola sepak Amerika Syarikat yang berlangsung di Kansas City Chief.
Menurut sumber terdekat yang juga merupakan keluarga Travis, Donna menganggap Taylor sebagai wanita yang ramah dan menyifatkan penyanyi Cruel Summer itu sangat merendah diri.
“Donna menyukai Taylor dan merasakan dia sangat manis dan sangat rendah hati,” kata sumber berkenaan.
Pada 1 Oktober lalu, Taylor turun sekali lagi bagi memberi sokongan kepada Travis Kelce yang dijadualkan menentang New York Jets. Donna turut dilihat hadir dan masing-masing dikatakan sangat mesra.
Hubungan akrab Taylor dan Travis semakin diperkatakan apabila teman rapat Taylor iaitu Ryan Reynolds, Blake Lively dan Sophie Turner turut menyaksikan pertandingan itu.
Travis Kelce juga dikatakan keluar daripada apartmen Taylor Swift di New York sebelum pertandingan.
Namun sehingga kini, Taylor masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.