Ibu maut, anak parah dalam kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

Ibu maut, anak parah dalam kemalangan dua kereta

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit yang terbabit nahas di Jalan Parit 7, Sungai Manik di Teluk Intan. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang wanita warga emas maut manakala anak lelakinya parah setelah kereta dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah Toyota Avanza di Jalan Parit 7, Sungai Manik di sini semalam.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dua beranak itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 60 tahun.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa berusia 72 tahun yang duduk di bahagian penumpang kereta jenis Perodua Myvi cedera parah akibat tersepit sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalangan pada pukul 5.26 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati seorang wanita warga emas tersepit dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Anggota segera mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu Perodua Myvi yang cedera parah dihantar ke Hospital Teluk Intan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya