Hunter FC ungguli Kronos Tranung Junior Cup 2023

Hunter FC ungguli Kronos Tranung Junior Cup 2023

PASUKAN Hunter FC meraikan kejayaan mereka mengungguli edisi kedua Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup 2023 di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Hunter FC dari Terengganu muncul juara edisi kedua Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup 2023 bagi kategori usia bawah 12 tahun di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu, kelmarin.

Pasukan itu dinobatkan sebagai juara selepas menumpaskan Masai United B dari Johor dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir.

Juara kejohanan itu membawa pulang Piala Pusingan Kronos Jr. Cup, piala iringan, pingat, wang tunai RM1,000, maskot penyu dan hamper Super Jantan manakala naib juara meraih RM500, pingat, maskot penyu dan hamper Super Jantan.

Selain itu, kedudukan tempat ketiga dimenangi bersama pasukan dari Johor dan Terengganu iaitu pasukan Crystal Junior FC dan Al-Farabi B yang mana masing-masing meraih wang tunai RM100, pingat dan hamper Super Jantan.

Hampir 3,000 orang hadir memeriahkan Kronos Tranung Junior Cup 2023 dengan rakan-rakan penaja membuka gerai jualan dan pameran. Kejohanan itu disertai lebih 500 pemain di peringkat akar umbi yang mewakili 32 pasukan dari akademi-akademi bola sepak seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Pahang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya