HPTN 2023 pemacu pembangunan Malaysia Madani

HPTN 2023 pemacu pembangunan Malaysia Madani

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 adalah platform bagi memupuk minat generasi muda menceburi profesion teknikal sebagai pilihan kerjaya sejajar dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia Madani.

Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, platform tersebut harus menjadi medan penggerak merealisasikan perkhidmatan profesion teknikal berprestasi tinggi melalui pimpinan yang berpandangan jauh, berinovasi dan berani menyahut cabaran dalam arus pemodenan yang pesat membangun.

“Selain itu ia perlu berpandukan kepada integriti, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi,” katanya pada Majlis Pra Pelancaran HPTN 2023 di sini hari ini.

Nanta Linggi berkata, sambutan HPTN adalah simbolik penghargaan jasa warga teknikal atas sumbangan mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan landskap pembangunan serta permodenan negara.

“Saya juga berharap HPTN kekal sebagai pemacu bukan sahaja untuk mengiktiraf malah menjadi pemangkin dalam memperjuangkan lebih banyak peluang profesion teknikal di Malaysia,” katanya.

Sambutan kemuncak HPTN 2023 berlangsung dua hari bermula 4 Disember 2023 dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi https://hptn-my.com/ untuk maklumat lanjut mengenai sambutan HPTN 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya