Himpunan Malaysia Bersama Palestin ‘syok sendiri’ tidak berasas - Mohd. Na’im

Himpunan Malaysia Bersama Palestin ‘syok sendiri’ tidak berasas – Mohd. Na’im

MOHD. Na'im Mokhtar menerima sumbangan solidariti Palestin pada Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-40 di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dakwaan segelintir pihak tertentu kononnya Himpunan Malaysia Bersama Palestin di ibu negara lewat semalam sebagai ‘syok sendiri’ adalah amat tidak berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, niat penganjuran acara itu sepatutnya tidak harus dijadikan sebagai isu.

“Sesuatu perbuatan bergantung kepada niat kerana penganjur dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jelas memanggil rakyat bersama-sama cakna zahir kebersamaan kita dengan Palestin.

“Itu perkara paling kecil kita boleh buat tetapi kalau kita sebut kononnya syok sendiri, apa peranan pihak yang buat dakwaan itu pula?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-40 di sini hari ini.

Semalam, ada sesetengah pihak mengecam program himpunan yang dianjurkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan dihadiri Anwar sebagai syok sendiri selain mendakwa ia sebagai langkah terdesak kerajaan cuba meraih balik populariti rakyat yang tertekan dengan pelbagai isu kenaikan harga barang.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, solidariti itu merupakan perkara paling kecil yang boleh dilakukan sebagai tanda sokongan kepada saudara Islam di wilayah Gaza ketika ini.

“Paling kurang Perdana Menteri sendiri terangkan apa dilakukan termasuk bertemu ramai tokoh luar dan rakyat boleh dengar dari mulutnya sendiri apa usaha Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau sekali lagi meminta masyarakat agar mengenepikan perkara kecil selain perbezaan politik sehingga cuba memecahbelahkan perpaduan ummaah dalam isu Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya