Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena

Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena esok

REAKSI orang awam yang membawa replika jenazah sebagai sokongan sewaktu menyertai Himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka di sini hari ini. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

Ketua Sekretariat Media Perpaduan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, semua pihak tanpa mengira parti politik, agama dan bangsa dijemput ke perhimpunan itu sebagai tanda solidariti terhadap kekejaman dilakukan kepada rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel.

Katanya, program pada pukul 7 malam itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti persembahan serta ucapan pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kemuncak kepada himpunan rakyat Malaysia berbilang kaum adalah ucapan Perdana Menteri,” katanya dalam hebahan media hari ini.

Lokman Noor juga memaklumkan peserta digalakkan berpakaian putih ke perhimpunan tersebut.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 4,651 penduduk di Semenanjung Gaza terkorban dan lebih 13,000 cedera sejak tentera rejim Zionis mengebom tanpa henti wilayah terkepung itu.

Ribuan pesakit di seluruh hospital di Gaza berada dalam bahaya apabila kesemua fasiliti kesihatan di wilayah dikepung pengganas Israel itu kehabisan simpanan bahan api untuk menjana elektrik kecemasan.

Lebih dua minggu sejak 7 Oktober lalu, rakyat di Gaza terpaksa hidup menggunakan bekalan bahan api kecemasan selepas rejim zionis mengenakan sekatan sepenuhnya termasuk bekalan bahan api, elektrik dan air untuk operasi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya