PETALING JAYA: Harga telur dan ayam akan diapungkan tidak lama lagi selepas kerajaan mendapati trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran. “Pengumuman berkaitan langkah-langkah konkrit lanjutan bagi subsidi berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua minggu akan datang,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam. Menurutnya, bekalan ayam dan telur telah mula stabil dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya