Harga padi turun: Kerajaan tampung 60 peratus kos pengeluaran padi

Harga padi turun: Kerajaan tampung 60 peratus kos pengeluaran padi

CHAN FOONG HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menampung 60 peratus kos pengeluaran padi bagi pesawah.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan melakukan libat urus dengan pesawah dan meneruskan pemberian subsidi bagi penanaman padi.

“Saya harap pesawah di Semenanjung ingat bahawa sejak Ogos, kerajaan telah mengambil langkah meningkatkan subsidi output untuk pesawah daripada RM360 kepada RM500 setiap satu tan padi. Maksudnya setiap tan metrik padi mereka hasilkan, kerajaan akan tambah RM500. Jika campur dengan harga jualan sekarang RM1,250 per tan metrik, mereka masih menerima RM1,700.

“Kita faham pesawah sudah terbiasa menjual padi pada harga yang lumayan dan apabila harga turun memang akan ada pihak yang bising. Kita faham kekecewaan pesawah tapi, dengan keadaan sekarang semua pihak tertekan,” katanya semasa pemantauan harga dan bekalan beras, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tentang kekecewaan sekumpulan pesawah di Selangor semalam susulan penurunan harga padi.

Foong Hin berkata, ketika ini kerajaan tertekan dengan pelbagai faktor kerana perlu menjaga rakyat dan juga menjaga kebajikan pesawah.

Katanya, rakyat harapkan harga siling beras putih tempatan ditetapkan pada harga RM2.60 sekilogram di Semenanjung manakala, bagi pesawah pula, kerajaan meneruskan pemberian bantuan dan subsidi.

Semalam, lebih 800 pesawah di Kuala Selangor membuat bantahan terhadap pengurangan harga padi daripada RM1,680 kepada RM1,250 per tan metrik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya