PETALING JAYA: Sebanyak 533,000 hektar kebun getah terbiar sekali gus menjadi antara punca pengeluaran getah asli sektor estet semakin berkurangan berbanding sektor pekebun kecil. Kebun-kebun terbiar itu berkemungkinan melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor yang sinonim dengan tanaman getah. Mengulas perkara tersebut, Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab Rahman berkata, angka itu berdasarkan data daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Menurut beliau, faktor utama kebun terbiar adalah kerana hasil menoreh yang kurang menarik serta tidak mampu untuk menampung kehidupan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya