Harap MP Kuala Kangsar kekal bersama PN - Tuan Ibrahim

Harap MP Kuala Kangsar kekal bersama PN – Tuan Ibrahim Tuan Man

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menaruh harapan kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid untuk terus kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

Katanya, dakwaan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa wujudnya ugutan adalah sesuatu yang amat membimbangkan kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

“Itu kenyataan rasmi daripada Setiausaha Agung dan saya fikir dia mendapat maklumat dan kita harapkan benda itu tidak berlaku walaupun dia (Iskandar Dzulkarnain) kekal bersama PN dan Bersatu.

“Saya tengok soal peruntukan ini tanggungjawab kerajaan beri kepada mana-mana ahli Parlimen dan sepatutnya tidak diugut dan ditekan. Kita fahami bagaimana cabaran yang dihadapi oleh setiap wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Hamzah mendakwa Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal menyokong kerajaan.

Katanya, wakil rakyat itu dipercayai dibawa bertemu dengan seorang pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di Damansara pada 1 Oktober lalu dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media berkenaan.

Malah sebelum itu pada 26 September lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkenaan juga didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri di sebuah lokasi sekitar Damansara.

Semalam, Iskandar Dzulkarnain memutuskan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan serta-merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya