Hanya 36 peratus pengeluaran beras tempatan di Sarawak

Hanya 36 peratus pengeluaran beras tempatan di Sarawak

STEPHEN Rundi Utom (duduk tengah) dalam sidang media berhubung Federation of Asean Veterinary Association (FAVA) Congress 2023 di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak hanya mempunyai kira-kira 36 peratus pengeluaran beras tempatan manakala lebih 60 peratus daripadanya adalah beras import.

Perkara itu didedahkan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom.

Stephen memberitahu, Sarawak kini dalam usaha mencari kaedah terbaik meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi mengimbangi import beras.

“Ini bermakna kita perlu mengimport kira-kira 60 peratus beras untuk menampung keperluan negeri ini dan kita mahu mengurangkan defisit itu,” katanya dalam sidang media berhubung penganjuran Federation of Asean Veterinary Association (FAVA) Congress 2023 di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Justeru, beliau mendedahkan kementeriannya akan berbincang bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan beras dan pelan jangka panjang bagi pengeluaran padi dan beras di negeri ini. 

“Langkah ini penting ekoran situasi global yang menyaksikan beberapa negara pengeluar mula mengawal jumlah eksport beras. 

“Bagaimanapun, sedia maklum bahawa negara-negara ini juga mempunyai populasi yang besar, jadi, kita faham mengapa mereka mengenakan kawalan eksport dan menaikkan harganya,” jelas Stephen.

Beliau juga tidak menafikan produktiviti pengeluaran padi di Sarawak semakin berkurangan. 

“Sejak beberapa tahun ini, pengeluaran padi semakin berkurangan setelah petani memilih tanaman dan komoditi lain seperti kelapa sawit.

“Dalam pada itu, kita tidak boleh mengawal petani beralih ke tanaman atau komoditi lain. 

“Kita juga menggalakkan mereka bahawa terdapat banyak lagi tanaman bernilai tinggi yang lebih mudah untuk dijaga seperti cili. Ini juga akan membantu dalam aspek keterjaminan makanan kita,” jelas Stephen.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya