Hafreez Adam hanya layan pertanyaan tentang kesihatan mental, elak jadi mangsa fitnah - Utusan Malaysia

Hafreez Adam hanya layan pertanyaan tentang kesihatan mental, elak jadi mangsa fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi mengelak menjadi mangsa fitnah, pelakon, Hafreez Adam mengambil pendekatan tidak membalas apa-apa mesej yang dihantar pengikut di Instagram. 

Kata pemilik nama sebenar Hafreez Adam Aizat Zahalan, 33, dia hanya akan melayan mesej yang berkaitan atau  pertanyaan tentang  kesihatan mental.

“Kepada yang tidak tahu, saya memang tidak balas DM (mesej) di laman sosial melainkan jika seseorang itu minta pandangan atau nasihat mengenai kesihatan mental. 

“Tindakan itu saya lakukan demi melindungi diri daripada menjadi mangsa suntingan. Saya tidak balas begitu, tiba-tiba disunting menjadi lain. Jadi, saya ambil keputusan tidak balas langsung demi melindungi diri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pelakon Derita Untuk Bahagia itu mengakui dirinya seorang yang pendiam dan mengambil masa yang lama untuk bergaul dengan orang baharu. 

“Banyak orang mungkin rasa sukar mengenali saya kerana saya seorang yang pendiam. Kalau bergaul pun saya akan ambil masa. 

“Tambahan pula saya jenis senang berundur jika seseorang itu saya rasakan keterlaluan atau hubungan yang tidak mungkin menjadi. Saya tidak mahu buang masa ramai orang,” tambahnya. 

Masih solo selepas jodohnya dengan bekas tunang pelakon Zara Zya tidak kesampaian, Hafreez enggan lagi meletakkan harapan yang tinggi soal percintaan.

“Saya tidak fobia dengan perhubungan sebelum ini lagi pula bekas tunang saya seorang yang baik. Saya pernah teringin kahwin muda sebab mahu anak  membesar menjadi kawan saya. Tapi bila tidak jadi, saya berhenti letak harapan. 

“Sekarang saya hargai apa yang saya ada iaitu keluarga saya yang meriah dipenuhi anak buah yang masih kecil. 

“Saya suka perempuan yang matang dan bijak berkata-kata agar saya boleh belajar banyak benda baharu setiap hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya