Gondol hutan punca 'perang' Orang Asli dengan binatang liar

Gondol hutan punca konflik Orang Asli dengan binatang liar

KONFLIK di antara hidupan liar dengan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan perlu ditangani dengan sebaik mungkin. UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Aktiviti pengondolan hutan di kawasan hulu negeri ini didakwa menjadi punca konflik di antara masyarakat Orang Asli dengan haiwan liar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah berkata, aktiviti itu telah menganggu habitat hidupan liar sekali gus terpaksa mencari lokasi baharu untuk didiami.

“Realitinya konflik antara hidupan liar dan manusia makin meruncing akhir-akhir ini disebabkan oleh penerokaan tanah serta pembukaan kawasan pembalakan atau perladangan baharu.

“Jadi, kami merayu kepada kerajaan negeri supaya tidak menganggu habitat utama haiwan liar seperti harimau dan gajah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, sejak kebelakangan ini konflik hidupan liar dan manusia kerap berlaku sehingga menyebabkan dua kehilangan nyawa Orang Asli di daerah ini.

Katanya, daerah Gua Musang adalah jajahan yang paling besar di negeri ini dan kemusnahan tanaman akibat serangan haiwan liar kerap berlaku.

“Aduan yang diterima tidak hanya tertumpu di kawasan DUN Galas sahaja tetapi di beberapa kawasan Orang Asli di Kampung Aring 5, Pos Lebir, Pos Pasik dan Pos Gob.

“Gangguan haiwan liar secara berterusan telah memberi kesan kepada rantaian sumber makanan dan pendapatan terutamanya Orang Asli yang tinggal di pedalaman,” ujarnya.

Mohd. Syahbuddin berkata, sudah tiba masanya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menambah anggota dan kumpulan sokongan mereka di daerah ini bagi menyelesaikan kes konflik hidupan liar di Gua Musang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya