Gib Idris diuji masalah jantung, perlu RM15,000 untuk rawatan

Gib Idris diuji masalah jantung, perlu RM15,000 untuk rawatan

MOHAMMAD NAJIB IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penata gaya artis memerlukan sumbangan orang ramai kira-kira RM15,000 bagi menjalani rawatan angiogram koronari selepas disahkan menghidap masalah jantung.

Mohmmad Najib Idris, 45, atau lebih dikenali sebagai Gib Idris berkata, sehingga hari ini dia mendapat rawatan diperlukannya dengan hasil daripada tabung kutipan yang dilakukan rakan-rakannya.

Katanya, selepas disahkan menghidap masalah jantung, dia tidak lagi mendapat peluang pekerjaan kerana rata-rata bimbang untuk mengambilnya ekoran masalah kesihatan dihidapinya itu.

“Saya sedar menghidapi masalah jantung selepas adik saya meninggal Jun lalu dan sebulan kemudian saya bangun pagi rasa macam dicucuk di dada, rasa macam bukan anxiety disorder (kegelisahan melampau) lalu saya dibawa ke hospital oleh isteri.

“Kemudian doktor sahkan saya menghidap masalah jantung, ini buat saya rasa bingung sebab saya ada anxiety disorder dan saya tidak tahu debaran dan rasa sakit dada tu merupakan anxiety.

“Jadi ini membuatkan saya tidak boleh nak bekerja sebab baru menjalankan tugas separuh jalan sudah rasa sakit. Orang pun tidak boleh ambil saya sebab bimbang, sampai sekarang saya ikhtiar pelbagai cara untuk tampung keluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Untuk rekod, Gib Idris didiagnos anxiety disorder semasa negara dilanda Covid-19 iaitu apabila dia kehilangan pekerjaannya di sebuah butik  yang terpaksa ditutup kerana kesan dari penularan wabak tersebut.

Gib Idris adalah abang kepada Mohamad Naquib Idris iaitu bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Ieda Moin yang meningga dunia pada Jun lalu kerana masalah jantung.

Kini keluarga Gib Idris ditanggung oleh isterinya bagi memenuhi keperluan  anaknya yang berusia tujuh tahun.

Gib Idris berkata, dia menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) bagi mendapatkan rawatan segera untuk memastikan dirinya boleh kembali bekerja semula.

“Doktor minta untuk RM10,000 sehingga RM15,000 bagi rawatan angiogram koronari sahaja, ini belum dicampur dengan kos rawatan-rawatan lain, mungkin boleh menjadi lebih mahal.

“Minggu lepas saya ke PPUM untuk empat hari sahaja kosnya sudah mencapai RM600,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank di nombor 162786183218 dan sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubunginya melalui talian 010-200 3360. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya