Fasha sentiasa seksi di mata saya - Aidil Aziz - Utusan Malaysia

Fasha sentiasa seksi di mata saya – Aidil Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aidil Aziz tidak pernah mengambil peduli kecaman dan kritikan warganet yang melabel isterinya, Fasha Sandha semakin seksi selepas kembali ke berat badan ideal.

Bagi Aidil, dia melihat Fasha sebagai permaisuri hati dan ibu sempurna kepada anak-anaknya malah isterinya sentiasa kelihaan seksi sama ada berisi atau kurus di matanya.

“Fasha sebelum ini tidak kurus pun, tetapi tetap nampak seksi di mata saya. Saya sendiri tidak tahu nak komen apa bila segelintir orang asyik bercakap itu dan ini.

“Saya pun tidak kisah sangat apa orang nak cakap. Bagi saya, apa yang penting, dia adalah isteri saya dan saya adalah suaminya. Cukup itu.

“Sebagai suami, saya lebih fokus kepada keluarga dan mencipta kebahagiaan bersama. Jadi saya tidak peduli sangat apa orang cakap,” katanya.
Aidil berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program Unifi TV Originals baru-baru ini.

Dalam pada itu, melihat isteri sebagai pelakon yang berkaliber dan disiplin, Aidil juga mengakui sentiasa berkongsi ilmu dan teknik lakonan supaya dapat memantapkan lagi bakatnya.

“Fasha lebih senior daripada saya. Orang kata, lebih dulu makan garam. Saya pun tahu, dia lebih baik daripada saya dari aspek lakonan dan komitmen.

“Saya sendiri banyak belajar dengan dia. Tak kekok sebab kami selalu bersama dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya