Exists kembali ke Borneo selepas 20 tahun - Utusan Malaysia

Exists kembali ke Borneo selepas 20 tahun

KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2023 - Kumpulan Exists, Ezad Lazim (tengah), Along (kiri), Ujang (kiri kedua), Ajai (kanan) dan Musrad (kanan kedua) yang telah menghadiri pada sidang media dan pelancaran konsert melancong ke Borneo di Hard Rock Cafe, Concorde Kuala Lumpur. UTUSAN/AMIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas 20 tahun, kumpulan Exists mengubati rindu peminat dengan Konsert Exists Borneo Tour yang berlangsung pada Disember ini.

Menurut penganjur, Konsert yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak pada 17 dan 30 Disember itu menawarkan harga mampu milik.

“Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan adalah mampu milik.

“Saya berharap konsert ini dapat mengubat kerinduan peminat Exists yang selama ini menantikan kehadiran mereka di dua negeri tersebut,” kata Pengarah Urusan Menara Network, Datuk Ab Razif Asmuni dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Konsert tersebut turut menyaksikan anggota Exist Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa berkongsia pentas yang sama.

Ezad dalam pada itu meluahkan rasa syukur kerana impian Exists untuk kembali ke Borneo akhirnya dikabulkan.

“Kita memang sudah lama nak buat konsert di sana, saya pun tak ingat bila kali terakhir buat konsert di Sabah atau Sarawak, rasanya sudah lebih 20 tahun.

“Kalau pergi seorang dan persembahan kecil memang pernah, tapi konsert berskala besar seperti ini sudah lama tiada. Kesempatan ini membuatkan kami teruja kerana ia konsert berskala besar di Borneo.

“Bila dapat peluang sebegini kami perlu ambil, sebab kami mahu jumpa peminat di sana dan peminat pun sudah lama menantikan kehadiran kami. Saya berharap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Insya-Allah,” katanya.

Lebih menarik,  lebih 20 lagu Exist bakal dibawakan di konsert berkenaan selain beberapa lagu bakal diberi nagas baru.

Konsert Exists Borneo Tour akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Sarawak dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Tiket dijual pada harga RM77 hingga RM238.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya