Empat sekawan didakwa bunuh warga emas

Empat sekawan didakwa bunuh warga emas

EMPAT lelaki yang didakwa membunuh warga emas dibawa polis ke Mahkamah Majistret Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas yang ditemukan dalam keadaan leher dijerut manakala kedua-dua kaki dan tangannya diikat, di Kuala Ketil, minggu lalu.

K. Tamilselvam, 25; C. Vickarran, 33, Sarim Omar, 33, dan S. Sureshkumar, 21, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, empat lelaki itu dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh ke atas S. Kanan, 71, di sebuah rumah di Lorong Bidara 4, Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada 3 petang, 1 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum gantung boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Najwa Che Mat yang mendengar kes itu menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ikmal Affandi Zulkifli, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan kakinya diikat serta terdapat kesan jerut di leher.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada pukul 3.21 petang. 

Kelibat dua lelaki disedari menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jiran mangsa ketika mereka sedang bergegas keluar dari rumah berkenaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya