Empat lagi suspek pelaburan I-Serve ditahan - Utusan Malaysia

Empat lagi suspek pelaburan I-Serve ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis hari ini menahan empat lagi suspek bagi membantu siasatan kes pelaburan i-Serve dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MyAirline bergelar Datuk.

Penahanan dua wanita dan dua lelaki itu menjadikan tangkapan kes tersebut setakat ini seramai lapan orang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tiga suspek ditahan antara pukul 1 petang hingga 1.30 petang di perkarangan Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini manakala seorang lelaki berusia 62 tahun yang berperanan sebagai peguam I-Serve diberkas di Bukit Tunku di sini.

Katanya, tangkapan melibatkan seorang wanita berusia 30 tahun yang bekerja di I-Serve sebagai pembantu bendahari bagi membuat urusan kewangan dan akaun syarikat dalam urusan tiket dengan sebuah syarikat penerbangan tambang murah.

“Wanita itu turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan rakan kongsi kepada beberapa buah syarikat yang dipertanggungjawab untuk memantau, menyediakan dokumen serta menguruskan pembayaran dividen kepada pelabur.

“Tangkapan kedua melibatkan wanita berusia 33 tahun yang bekerja di I-Serve melalui dalam talian sejak 2013 sebagai pembantu kewangan selain ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat dan pengurus bendahari bagi menguruskan kutipan jualan semua premis barangan dijalankan syarikat terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramli, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 48 tahun yang berperanan sebagai pengurus penyelidikan dan pembangunan di syarikat terbabit pada 2006.

Jelas beliau, suspek bertanggungjawab untuk membuat sistem dan perisian syarikat I-Serve selain dilantik menjadi ahli lembaga pengarah kepada beberapa anak syarikat termasuk MyAirline.

“Semua tangkapan dibawa balik ke pejabat AMLA untuk tindakan lanjut.

“Siasatan sedang diteruskan dan permohonan reman akan dibuat esok pada 10 pagi di Lokap Berpusat Jinjang,” katanya.

Isnin lalu, seorang pemegang saham i-Serve direman selama lima hari selepas ditahan di rumahnya di Bangsar dekat sini

Ramli dilaporkan berkata, setakat ini, pihaknya telah merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 barang kemas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya