Dr. Noor Hisham nafi promosi produk kencing manis

Dr. Noor Hisham nafi promosi produk kencing manis

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya dalam mempromosi ubat kencing manis.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan penularan berita palsu berkenaan.

“Dunia kini tersebar maklumat palsu dan mengelirukan. Pastikan warganet tidak tertipu dengan penularan tersebut.

“Inilah perkara yang tidak bertanggungjawab menggunakan media perdana dan media sosial untuk menjual produk mereka,” katanya di aplikasi X, kelmarin.

Wujud individu mengeluarkan kenyataan atau promosi iklan seolah-olah ditulis oleh Dr. Noor Hisham.

Berdasarkan kandungan kenyataan palsu itu, Dr. Noor Hisham seolah-olah mengajak orang ramai membeli produk berkenaan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya