KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi, Firdaus Rahmat keliru apabila ada yang menyamakan wajahnya dengan pelakon terkenal, Khir Rahman.
Namun bekas perserta Big Stage 2023 itu menganggap perkara itu satu kelebihan kerana disamakan dengan seorang pelakon berbakat besar.
“Ramai yang cakap begitu. Saya sendiri keliru, sampai tengok cermin di rumah cuba cari persamaan yang dikatakan.
“Penerbit mungkin boleh cari saya kalau mereka cari pelakon watak Khir Rahman versi lebih muda,” katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Firdaus bersyukur kerana penyertaan dalam Big Stage awal tahun ini telah memperkenalkan namanya dalam industri seni tanah air.
“Saya anggap ia satu rezeki. Walaupun penyertaan saya hanya sampai ke peringkat semi final, saya tetap bersyukur.
“Saya akui Big Stage adalah peluang yang sangat besar. Insya-Allah saya tak akan sia-siakan hala tuju selepasnya,” jelasnya.