Direman empat hari kemuka penyata bank palsu - Utusan Malaysia

Direman empat hari kemuka penyata bank palsu

Butir matan palsu
SEORANG pengarah syarikat dibawa ke Mahkamah Sesyen bagi permohonan reman untuk membantu siasatan terhadap dakwaan mengemukakan butir matan palsu di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat direman selama empat hari bagi membantu siasatan terhadap cubaan mendapatkan kerja perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan bernilai RM170,000 secara tidak sah.

Suspek berusia 30-an itu disiasat selepas dipercayai mengemukakan penyata bank mengandungi butir matan palsu, empat tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber memberitahu, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengemukakan penyata bank yang mengandungi butir matan palsu bagi memenuhi syarat penilaian kewangan ketika menyertai perolehan secara sebut harga pada tahun 2019.

“Ini melibatkan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan landskap sebuah bangunan berjumlah lebih RM170,000. Projek tersebut adalah bagi dua tahun bermula 2019,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya