Dia dah biasa menipu, putar belit - Bella Astillah sindir Sophia Albarakbah? - Utusan Malaysia

Dia dah biasa menipu, putar belit – Bella Astillah sindir Sophia Albarakbah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibarat tiada berkesudahan, pelakon dan penyanyi , Bella Astillah sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik video temu bual Sophia Albarakbah dengan kapsyen yang berbaur sindiran dan pertanyaan.

Dalam perkongsian terbaharu menerusi Instastory, Bella mempersoalkan kenyataan Sophia dan mendedahkan pelakon wanita itu beredar dari Dewan MBSA selepas persembahan suaminya, Alif Aziz di minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza.

“Masih nak menipu stay selepas Liza Hanim? Seriuslah dia ini. Sudahlah nama tiada dalam senarai tetamu, selepas Aliff habis menyanyi, dia terus gerak balik.

“Sudah lah duduk depan wartawan, masih nak menipu lagi. Tapi tak hairan, dia ini sudah biasa menipu dan putar belit,”ujarnya

Terdahulu, Sophia yang sebelum ini dikaitkan dengan penyanyi Sayang Sayang itu menjelaskan kehadirannya ke ASGV hujung minggu lalu adalah untuk memberi sokongan kepada sepupunya yang juga penyanyi, Aisha Retno.

Sophia juga menjelaskan kehadirannya tidak ada kena mengena dengan Aliff.

Sementara itu, Bella dalam perkongsian lain pula turut mempersoal jawapan suaminya dalam satu temu bual sejurus selepas ASGV berlangsung.

“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke? Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting?” soalnya.

Aliff dalam temu bual tersebut menjawab kehadiran pasangan pelakonnya dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu tidak ada kena mengena dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya