Dewan Rakyat: Tiada dwistandard 'anak bapa' dalam

Dewan Rakyat: Tiada dwistandard ‘anak bapa’ dalam pembentangan usul tergempar

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberitahu bahawa tiada dwistandard terhadap penolakan usul tergempar yang dikemukakan pembangkang dengan usul Ahli Parlimen Sungai Petani mengenai isu sorokan beras yang dibenarkan dibahas dalam kamar khas Dewan Rakyat hari ini. 

Tan Sri Johari Abdul berkata, hal ini kerana usul dikemukakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang kejururawatan dan kedai gunting rambut tidak memenuhi peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat 18 (1). 

Sebaliknya, katanya, usul Mohammed Taufiq Johari pula berkaitan isu padi dan beras yang berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan ketika ini. 

“Jadi, apa yang Arau bangkitkan saya kira tidak berlaku adil dengan tidak memberikan dia peluang berucap. Itu salah. Saya menerima cacian banyak pihak bahawa saya tidak berlaku adil dan seolah-olah memberikan laluan kepada Sungai Petani. 

“Ditambah buruk lagi Pendang mengeluarkan kenyataan ‘anak bapa’. Jadi, tolonglah, jika ada yang mahu bermain, bermain dengan anda sahaja jangan libatkan saya. Sekali anda libatkan Speaker, susah jadinya. 

“Sebab saya ada semua bukti, anda mungkin ada hujahan, tetapi saya ada cara. Saya harap berhenti di sinilah, jangan lakukannya lagi,” katanya sebelum mempengerusikan sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Tengah hari tadi, Dewan Rakyat kecoh ketika seorang ahli Parlimen pembangkang menyebut ‘anak bapa’, selepas dewan menerima usul tergempar Mohammed Taufiq berhubung isu sorokan beras di Kedah. 

Adegan itu bermula selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng memaklumkan yang Johari menerima pembentangan satu usul dari Mohammed Taufiq di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) pada 11 Oktober 2023. 

Sehubungan itu, Johari mengarahkan Timbalannya, Datuk Ramli Mohd. Nor mempertimbangkan usul tersebut dan setelah meneliti, usul itu memenuhi kriteria perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Oleh itu, katanya, usul berkenaan dibenarkan untuk dirunding dalam sesi kamar khas Dewan Rakyat petang ini.  

Bagaimanapun, Shahidan tidak berpuas hati kerana mendakwa haknya dinafikan disebabkan beliau mengemukakan usul tergemparnya sehari lebih awal (Selasa) berbanding Mohammed Taufiq. 

Beliau merasakan seolah-olah terdapat situasi pilih kasih kerana dewan membenarkan usul-usul tergempar yang dihantar dalam masa yang terlalu singkat, namun, berpeluang dibahas. 

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim kemudian menyampuk dan menyebut perkataan ‘anak bapa’ beberapa kali. 

Shahidan: Saya hantar Selasa, yang ini (Mohammed Taufiq) hantar Rabu. Kenapa saya dinafikan hak?

Awang Solahuddin: Anak bapa, anak bapa. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya