Dewan Rakyat: ‘Saya pening kepala tengok Arau macam ini 

Dewan Rakyat: ‘Saya pening kepala tengok Arau macam ini’ 

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gelagat Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim di Parlimen hari ini mengundang reaksi negatif oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng kerana dilihat mengganggu sesi perbahasan.

Ini susulan gesaan Shahidan supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan segera berkenaan usul mempertimbangkan untuk menarik balik larangan penggunaan peranti untuk mengadakan siaran langsung bagi menyampaikan ucapan perbahasan Belanjawan 2024 dalam Dewan Rakyat.

Alice berkata, pihaknya menerima dua usul daripada Shahidan semalam, namun, kedua-dua usul itu tidak cukup 24 jam untuk diputuskan hari ini, maka, ia masih dalam pertimbangan dan hanya akan diputuskan esok.

Namun, Shahidan tetap tidak berpuas hati dan meminta supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan dengan segera.

“Sementara menunggu speaker buat keputusan, saya kena berucap dan terpaksa pakai (peranti), kalau tak, bagi saya pakai iPad atau alat di Parlimen pun boleh.

“Lagi satu, jurufoto dalam dewan ini banyak boleh pula, ambil gambar kita tengah tidur sikit pun, nak ambil gambar, ini arahan siapa, dulu tak pernah ada orang ambil gambar,” katanya.

Alice bagaimanapun memintanya supaya terus tidak membuang masa.

“Cukuplah Arau, sila duduk, jangan bazir masa, Arau sedang bazir masa, tunggu keputusan speaker, jangan bazir masa seminit pun,” katanya.

Shahidan tetap tidak berpuas hati dengan jurufoto yang berada dalam dewan.

“Kehadiran mereka untuk apa, mereka masuk ambil gambar, saya dah pening kepala memikirkannya.

“Saya pun pening kepala tengok Arau macam ini,” kata-kata Alice mengundang gelak tawa Ahli Parlimen yang berada dalam dewan.

“Sementara menunggu keputusan speaker, sila duduk,” arah Alice yang dibalas ‘okay’ oleh Shahidan sebelum beliau kembali di tempat duduknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya