Dewan Rakyat: Lebih 400 sekolah daif di Sarawak

Dewan Rakyat: Lebih 400 sekolah daif di Sarawak

Lim Hui Ying
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 462 buah sekolah di Sarawak masih mempunyai bangunan daif, setakat 30 September 2023.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, ada beberapa faktor yang menyebabkan kepada kelewatan untuk membaiki atau membina semula bangunan baharu.

Katanya, permohonan pelaksanaan projek sekolah daif kepada Kementerian Ekonomi perlu dibuat secara berfasa berdasarkan kepada keutamaan pelaksanaan projek, keupayaan kewangan kerajaan dan keupayaan agensi pelaksanaan projek.

“Bagi tahun 2024, Sarawak diluluskan 11 projek baharu bagi pembinaan semula bangunan sekolah daif melibatkan kos projek RM368.3 juta.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan proses pembangunan semula sekolah daif,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sejak 2016, katanya, sebanyak 375 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif di Sarawak diluluskan dengan kos sebanyak RM2.59 billion, dengan jumlah projek siap bagi sekolah daif di seluruh negara meliputi 687 projek, 104 sekolah dalam pembinaan dan 2015 dalam fasa prabina.

“Sehingga 26 Oktober 2023, status terkini pelaksanaan projek adalah 235 projek telah siap dengan melibatkan kos RM1.039 bilion, 43 projek di peringkat pembinaan dengan kos sebanyak RM436.6 juta dan 97 projek di peringkat prabina dengan melibatkan kos sebanyak RM1.118 bilion,” katanya.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai status projek pemulihan dan penaiktarafan sekolah daif di Sarawak.

Selain itu, katanya, kementerian turut menyediakan peruntukan penyelenggaraan bagi institusi pendidikan di Sarawak dengan menyalurkan sebanyak RM143.32 juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Ia bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan struktur dan bukan struktur bangunan, pembaikan bumbung, pendawaian elektrik, sistem kumbahan, pagar, longkang dan lain-lain penyelenggaraan kecil,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya