Dewan Rakyat: Bila boleh siap lima stesen LRT 3? 

Dewan Rakyat: Bila boleh siap lima stesen LRT 3? 

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang meragui keputusan kerajaan yang merancang membina kembali lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT) 3 yang dibatalkan sebelum ini.

Mereka mempertikaikan mengenai garis masa pembinaannya. 

Ahli Parlimen Jerantut, Ts. Khairil Nizam Khirudin bertanya jika projek itu dapat disiapkan mengikut jadual selain implikasi kewangan bagi keseluruhan projek itu. 

“Adakah pembinaan kembali lima stesen ini akan memberi impak kepada kemajuan garis masa pembinaan dan adakah projek ini dapat disiapkan seperti mana anggarannya?

“Berapa pula implikasi kos keseluruhan projek ini? Dan jika kos ini akan disunting dengan bajet tambahan dari kerajaan, mengapa kos ini tidak dinyatakan di dalam pembentangan Belanjawan 2024?,” soalnya semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan akan meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan membabitkan kos RM4.7 bilion.

Lima stesen berkenaan merangkumi stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Projek pembinaan LRT3 yang bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor bakal memberi manfaat kepada dua juta penduduk dan dijangka memulakan operasi pada 1 Mac 2025.

Projek pengangkutan mega itu dijangkakan menelan belanja kira-kira RM16 bilion.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam turut mempersoal mengenai status projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang tidak disebut dalam Belanjawan 2024. 

Terdapat 20,000 pekerja terlibat di dalam projek MRT2 yang lalu. Oleh yang demikian, status projek MRT3 amat kritikal dalam keterjaminan pekerjaan mereka,” katanya. 

Katanya, beliau mencadangkan supaya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur (KL) diteruskan dan Kementerian Pengangkutan kemudian memaklumkan ia akan diteruskan melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI). 

“Bagaimana pula cadangan saya bagi projek HSR Kuala Lumpur ke Bangkok? Projek ini dijangka menjadi pemangkin kepada pemacuan ekonomi di negeri-negeri utara yang kini semakin mendapat perhatian pelaburan antarabangsa melalui Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Malaysia dan negeri-negeri Selatan Thailand,” katanya. 

Sementara itu, beliau memberitahu terkilan kerana isu penyelarasan pencen pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sudah 10 tahun berlalu masih belum menemui jalan penyelesaian.

“Apa pula status terkini isu penyelarasan pencen anggota veteran kita. Sebelum ini, kerajaan maklumkan sedang meneliti dan mencari formula, dan ada perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Julai lalu. 

“Jadi, apa yang sudah dibincang dan apa kekangan dihadapi Kementerian Pertahanan (Mindef) dan JPA dalam merealisasi impian para veteran ini?,” soalnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya