PARLIMEN: Ahli Parlimen DAP mahu heret pemimpin Pas ke

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen DAP mahu heret pemimpin Pas ke Jawatankuasa Hak Kebebasan 

SYAHREDZAN JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen Melayu DAP berasa terguris dengan pelabelan kafir oleh pembangkang terhadap parti itu sehingga mahu merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk ‘dibicarakan’. 

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, beliau menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) berkenaan usul yang difailkan semalam dengan merujuk Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang menuduh parti itu kafir sebelum ini. 

Bagaimanapun, Ahmad Marzuk mencelah dan menegaskan supaya Syahredzan tidak cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana maksud kafir hanyalah terhadap individu tertentu di dalam parti berkenaan.

Syahredzan: Pada saya, ini menghina Dewan, maka, saya percaya kita sebagai ahli Parlimen harus meletakkan noktah kepada ungkapan macam ini apabila ditujukan (antaranya) kepada saya sebagai ahli Parlimen beragama Islam. 

Ahmad Marzuk: Jangan cuba kelirukan Dewan!

Berserta usul tersebut, Syahredzan mengemukakan satu lagi usul berkenaan dakwaan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim menuduh seorang lagi ahli Parlimen DAP sebagai Zionis.  

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor berkata, usul berkenaan kini dalam pertimbangan Pejabat Dewan Rakyat dan akan dipercepat prosesnya. 

Pun begitu, Awang Solahuddin pula bangkit menjelaskan beliau tidak menuduhnya sebegitu. 

Awang Solahuddin: Bahasa Malaysia ini sangat berseni, saya kata, jangan jadi macam zionis. Maknanya saya menasihat, memperingatkan, kalau tidak buat tidak buatlah. Belum jadi lagi. Ayat saya boleh tengok dalam hansard

Kelmarin, Ahmad Marzuk menarik balik kenyataannya selepas didakwa menuduh DAP kafir di Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyifatkan kenyataan itu kurang sopan dan biadab kerana DAP juga diwakili Ahli Parlimen yang beragama Islam.

Ramli kemudian menyifatkan penjelasan tersebut munasabah dan bersetuju bahawa DAP juga diwakili orang Islam dan meminta Ahmad Marzuk menarik balik kenyataannya. 

Ahmad Marzuk bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan berkata ia disalah tafsir kerana hanya mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang melabelkan parti itu sebagai kafir harbi.

“Dalam bahasa percakapan ilmu seni bahasa Arab bermaksud: Kita sebut secara menyeluruh, tetapi yang kita maksudkan hanyalah tertentu. Jadi, yang saya maksudkan, Jelutong kafir…Ipoh Timur (Howard Lee Chuan How) kafir…saya sebut umum, tapi khusus kepada yang tertentu.

“Kalau itu disalah tafsir, saya tarik balik, tetapi, saya sebut DAP kafir harbi yang didakwa oleh Mufti Pahang, kita tidak setuju kerana ia memberi kesan yang sangat besar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya