Dewan Rakyat: Ada kuarters polis hanya satu bilik 

Dewan Rakyat: Ada kuarters polis hanya satu bilik 

-GAMBAR FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong membangkitkan keprihatinannya terdapat kuarters-kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hanya mempunyai satu bilik dan dilihat tidak sesuai jika tempat itu dihuni oleh kakitangan yang sudah berkeluarga. 

RSN Rayer mempersoalkan jika kerajaan akan memantau dan menyelia pembangunan kuarters polis yang baharu susulan terdapat rumah mempunyai ruang bilik yang terhad untuk sesebuah keluarga di kawasan Parlimennya. 

“Bayangkan polis terpaksa menjalani kehidupan berkeluarga dengan satu bilik sahaja. 

“Perkara ini saya bangkitkan beberapa kali dan saya memohon kepada kerajaan untuk menjelaskan. Apakah rancangannya?,” soalnya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah akan memberi jawapan itu secara bertulis kepada Rayer.

Bagaimanapun, secara umum, kementerian dan PDRM sentiasa memberi komitmen dalam meningkatkan fasiliti dan kemudahan di balai-balai polis termasuk kediaman anggotanya.

“Kami menyatakan komitmen tinggi termasuk isu-isu kecil. Tumpuan kami bukan sahaja meningkatkan keupayaan dalam skala besar, tetapi isu kecil yang perlu diberi perhatian khusus.  

“Kerajaan akan pastikan kawasan kediaman dan tempat kerja yang baik,” katanya.

7 Oktober lalu, PDRM mencadangkan supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 diselaras dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, cadangan berkenaan mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya