Dew Challenge kembali dengan konsep PlayerUnknown Battleground (PUBG)

Dew Challenge kembali dengan permainan PlayerUnknown Battleground (PUBG) dalam dunia maya dan realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dew Challenge bersama PlayerUnknown Battleground (PUBG) kembali pada tahun ini di pentas nasional dengan menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu kejohanan paintball bertemakan PUBG yang terbesar.

Program ini bertujuan menarik perhatian golongan muda dan pemain-pemain PUBG untuk merasai sendiri pengalaman imersif yang penuh dengan idea unik dan baharu.

Mulai 1 Oktober, peserta yang berminat boleh membeli sebotol Mountain Dew 400ml dan melayari laman web Dew Challenge di dewchallenge.com.

Peserta boleh masukkan kod unik di bawah penutup botol untuk mendaftar dan menebus hadiah seperti UC Coins, barangan dalam  permainan, merchandise dan baucar rakan kongsi.

Pelancaran ini juga membenarkan peserta berpeluang merasai sendiri pengalaman mencari harta karun yang diinspirasikan daripada mekanik dalam permainan PUBG.

Sama seperti cara pemain berpayung terjun ke zon permainan yang diingini pada peta, pencarian harta karun akan bermula dengan pemilihan wilayah oleh peserta untuk menentukan di mana perjalanan mereka bermula.

Selain itu, sama seperti peserta perlu mencari senjata, perisai dan bekalan daripada lootbox pada permulaan permainan, peserta akan mencari lootbox yang akan memberikan mata tambahan di leaderboard dan banyak lagi sebelum pertandingan bermula.

Lootbox ini akan diisi semula pada setiap hari dan/atau selepas satu tempoh masa yang berbeza pada sepanjang hari di cawangan rakan kongsi seperti MBO Cinemas, Morac Go Kart, Chicago Chicken City, Taco Bell dan Dominos di seluruh negara.

Peserta akan menerima pemberitahuan di laman web Dew Challenge mengenai lokasi lootbox di mana peserta boleh mengimbas kod QR pada lootbox maya dan menebus hadiah untuk meningkatkan kedudukan mereka pada leaderboard.

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, trak jelajah Dew Challenge khas akan membawa keseronokan di pelbagai lokasi seperti universiti, kedai rakan kongsi, pasar malam, pusat komersial.

Pelawat boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang mengambil inspirasi daripada PUBG seperti mesin layan diri Mountain Dew x PUBG khas, galeri menembak yang imersif, dan sesi gaming jam yang akan menyediakan pelbagai hadiah lain untuk dimenangi.

Selain itu, sebagai penaja telefon pintar rasmi untuk Dew Challenge pada tahun ini, HONOR Malaysia akan turut menaja 110 hadiah menarik untuk para peserta, menjadikan ini kerjasama jenama pertama untuk keluaran baharunya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, pihaknya sangat teruja menyaksikan peserta Dew Challenge untuk mencabar diri mereka dan menjalani kehidupan yang terbaik dan penuh bertenaga.

Tempoh masa untuk pendaftaran, pencarian harta karun dan trak jelajah akan berjalan dari 1 hingga 31 Oktober, disusuli dengan pertandingan antara wilayah yang akan berlangsung pada November dan Peringkat Akhir pada Disember.

Nantikan butiran selanjutnya yang akan diberikan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Dew Challenge (dewchallenge.com) dan halaman Facebook Mountain Dew (https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya