Dendam dan sakit hati - Utusan Malaysia

Dendam dan sakit hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelakar tetapi layan sahajalah cerita yang disampaikan rakan Poklip seorang ini. Baru-baru ini, dia ada menunjukkan hantaran baharu yang dimuat naik seorang pelakon. Gambar lelaki yang kononnya teman lelaki baharu pelakon tersebut.

Poklip tak mahu fikir jauh, baguslah kan bila dia sudah berganti hati. Tidaklah asyik meroyan konon dialah wanita paling tersakiti. Kalau ditanya, tak mahu jawab, Diam membisu, tetapi di media sosial laju sahaja.

Dakwa rakan Poklip, lelaki dalam hantaran pelakon wanita itu bukanlah kekasih baharunya, Tetapi hanya kambing hitam untuk menyakitkan hati bekas kekasihnya. Oh begitu pula ke kisahnya.

Menurut sumber, pelakon itu sampai sekarang tidak dapat melupakan bekas kekasihnya dan kerap memuat naik gambar dengan lelaki baharu sebagai satu cara ‘membalas dendam’ terhadap bekas kekasihnya.

Kalau belum move-on, kenapa perlu saling menyakiti? Tidakkah itu gila namanya! Kongsi rakan Poklip itu, pelakon itu ego menggunung. Hati kata mahu, tetapi diri enggan. Lagipun dia kononya dicurangi.

Lantas untuk kembali bersama itu tidak mungkin. Cuma itulah, sayang masih ada. Susah melupakan semua kenangan manis bersama. Tak gitu! Jadi salah satu cara untuk dekat, adalah menerusi dendam.

Kalau sekadar balas membalas dalam hantaran media sosial, tak apalah. Pilihan masing-masing, dah besar pun. Cuma jangan melampau sampai buat perkara-perkara terlarang ya.

Macam ada seorang pelakon itu, bertahun-tahun menderita dek terkena sihir bekas kekasih. Berpuluh ustaz dia jumpa, baru sekarang beransur pulih. Seram kan? Di zaman moden ini, masih ada yang kolot dan jahil otaknya. Gila!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya