Dekan Universiti Islam Gaza korban baharu serangan Zionis Israel

Dekan Universiti Islam Gaza korban baharu serangan Zionis Israel

TAYSEER Ibrahim antara mangsa terkorban dalam serangan regim Zionis Israel.- FACEBOOK ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Gaza, Dr. Tayseer Ibrahim merupakan antara mangsa terkorban dalam serangan rejim Zionis Israel.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran Facebook beliau sebentar tadi.

Katanya, Tayseer didakwa telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Zionis Israel

“Pagi ini menerima perkhabaran duka apabila seorang lagi alumni universiti Islam di Malaysia terkorban syahid akibat dibunuh dengan kejam oleh rejim kolonial pengganas Zionis Israel.

“Moga Allah kurniakan syurga jannah tanpa hisab kepada as-Syahid Dr Tayseer Ibrahim, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Gaza,” katanya.

Asyraf Wajdi kemudian mengajak semua masyarakat agar tidak berhenti mendoakan saudara-saudara Islam kita di Palestin.

Sebelum ini, pasangan suami isteri yang juga siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama empat anak mereka, terkorban akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, pada minggu ini.

USIM dalam kenyataan pada Isnin berkata Mohammed J. H. Alzaanin yang merupakan calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terkorban dalam serangan bom di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya