Datang MSAM 2023 setiap hari untuk kumpul mata, menang hadiah

Datang MSAM 2023 setiap hari untuk kumpul mata, menang hadiah

Awatif Adilah Atan (berdiri, kiri) bersama ahli keluarganya ketika mengunjungi sebuah gerai pameran MSAM di Setia Fontaines, Bertam, Kepala Batas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS:  “Ini hari kedua berturut-turut saya datang. Kelmarin datang dah malam, hari ini datang lagi.”

Itu kata seorang pengunjung, Awatif Adilah Atan, 36, kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut wanita itu yang tinggal di Bertam di sini, selain meninjau gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian, tujuan utama dia datang ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 adalah untuk membuka akaun Amanah Simpanan Bumiputera (ASB) untuk anak perempuannya yang berusia enam tahun.

“Rumah saya dekat-dekat sini sahaja. Memang kalau boleh mahu datang hari-hari sampai habis MSAM. Petang ini pun akan datang balik ke sini semata-mata untuk tengok konsert artis kegemaran saya, Ella.

“Lagi satu, setiap kali datang ke sini, saya dan ahli keluarga tidak akan melepaskan peluang untuk ‘scan’  barkod yang disediakan untuk kumpul mata.

“Manalah tahu kalau-kalau ada rezeki untuk saya menang cabutan bertuah iaitu sebuah rumah nanti,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Abdullah Sani, 30, memberitahu, dia datang ke MSAM itu untuk menambah simpanannya dalam ASB.

“Sambil-sambil itu juga, saya cuba-cuba nasib untuk masuk peraduan sebab tertarik dengan hadiah yang disediakan.

MSAM 2023 yang berlangsung di Setia Fontaines, Bertam di sini bermula sejak semalam hingga 8 Oktober ini.

Sebagai karnival Literasi Kewangan Terbesar di negara ini, MSAM yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 50 gerai pempamer daripada rakan-rakan strategik PNB serta pelbagai program atau aktiviti menarik yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya