Data berusia 132 tahun boleh diakses melalui StatsDigital  - Utusan Malaysia

Data berusia 132 tahun boleh diakses melalui StatsDigital 

StatsDigital
MOHD. Uzir Mahidin (dua, kiri) bermesra dengan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika melawat reruai pada Pelancaran kiosk  - Statsdigital di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Maklumat berkaitan data dan perangkaan yang tersimpan sejak 132 tahun lalu oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) kini boleh diakses menerusi platform berpusanya iaitu StatsDigital.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sehingga hari ini sebanyak 3,181 penerbitan data dan statistik disimpan sejak 1891 boleh diakses melalui platform tersebut.

“Inisiatif pendigitalan penerbitan ini dicetuskan apabila terdapat penerbitan terdahulu yang hanya mempunyai dokumen secara fizikal kerana ia dikhuatiri akan hilang dan sukar untuk diakses oleh pengguna luar malahan warga DOSM sendiri.

“Antara penerbitan yang paling popular dalam kalangan pengunjung StatsDigital adalah Indeks Harga Pengguna Malaysia, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, dan penerbitan bersejarah seperti Laporan Perumahan Negeri Sabah, 1980 dan Perangkaan Penting Malaysia Barat 1966 dan lain-lain penerbitan,” katanya selepas melancarkan kiosk StatsDigital, hari ini.

Beliau menambah, menerusi perkongsian data dalam StatsDigital, DOSM maju selangkah lagi dengan membekalkan data siri masa seperti statistik penduduk dari tahun 1970 hingga 2020, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 1947 – 2022, tenaga buruh 1982 – 2022  dan banyak lagi data yang boleh dimanfaatkan sebagai input kajian.

Jelasnya lagi, platform itu yang dilancar pada 2018 tersebut mentransformasikan penerbitan dan laporan berbentuk fizikal kepada bentuk digital dan dipadukan bersama dataset yang boleh dicapai oleh semua peringkat pengguna melalui portal StatsDigital yang boleh diakses di pautan https://statsdigital.stats.gov.my/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya