Dakwaan hilang: Polis minta Muhammad Daniel, tunang tampil 

Dakwaan hilang: Polis minta Muhammad Daniel, tunang tampil 

TANGKAP layar Instagram milik Eyraswan Ramadan yang memaklumkan mengenai kehilangan anak saudaranya Muhammad Daniel Haikal yang didakwa kali terakhir berada di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta seorang lelaki yang ditemukan selamat selepas didakwa hilang selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit, tampil bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis dilaporkan gagal menghubungi atau mengesan keberadaan mangsa dan juga tunangnya buat masa ini.

“Pihak polis meminta mereka berdua segera hubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau balai polis terdekat untuk bantu siasatan.

“Buat masa ini, kita cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Brickfields dan mangsa telah pun kembali kepada keluarganya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang laporan kejadian samun atau jenayah lain daripada pihak mangsa.

Kata Hussein, pihaknya sedang berusaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar.

“Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan buka kertas siasatan,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, Muhammad Daniel Haikal, 27, dikatakan diselamatkan pemandu lori semalam.

Muhammad Daniel dikatakan kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang selepas dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Pantai, IPD Brickfields yang dibuat tunang lelaki itu.

Allaudeen dilaporkan berkata, kes itu kemudian dirujuk ke IPD Klang Selatan selepas mangsa dikesan kali terakhir bertemu pelanggannya di pusat beli-belah GM Klang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya