Cyberview Resort & Spa tawar penginapan resort bertaraf 5 bintang lebih 25 tahun

Cyberview Resort & Spa tawar penginapan resort bertaraf 5 bintang lebih 25 tahun

CYBERVIEW Resort & Spa sentiasa menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang ingin bersantai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pencapaian 25 tahun Cyberview Resort & Spa menawarkan penginapan resort bertaraf lima bintang memberi sumbangan besar kepada industri pelancongan negara.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Ammar Abd. Ghapar berkata, peranan resort itu amat penting dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik di peringkat global.

“Dengan persekitaran semula jadi yang menakjubkan, penginapan mewah dan kemudahan lengkap, Cyberview Resort & Spa sentiasa menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang ingin bersantai.

“Ia sekali gus mampu mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan pelancong,” katanya ketika berucap sempena sambutan 25 tahun resort berkenaan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Cyberview Resort & Spa, Yesodharan Santhesegaran berkata, pencapaian luar biasa resort dan visinya sejak 25 tahun lalu adalah hasil dedikasi warga kerja yang memberikan layanan terbaik kepada para tetamu.

Katanya, pencapaian ini bukti dedikasi dan kerja keras seluruh pekerja serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengunjung setia.

“Kami akan terus memberikan servis melebihi jangkaan dan memberikan pengalaman luar biasa pada masa akan datang,” katanya.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Lembaga Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd, CK Lao, Peter Teh dan Farah Mahami Mustapha Kamal; Lembaga Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd & Cyberview Lodge Sdn Bhd, Liong Kok Kit; Pengerusi Cyberview Lodge Sdn Bhd & Lembaga Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd, Datuk Fazwinna Mustapha Kamal serta Lembaga Pengarah Cyberview Lodge Sdn Bhd, Wendy Li.

Cyberview Resort & Spa terletak di Cyberjaya turut menawarkan pengalaman gastronomi sajian terbaik yang disediakan di tiga restoran miliknya iaitu Restoran Veranda bagi menikmati santapan kasual sepanjang hari; Restoran Cina Xing Zhu dengan hidangan Cina menyelerakan dan Bistro Cascata Itali yang selesa dan romantis.

Selain fasiliti kolam renang tiga tingkat, pengunjung juga boleh bersantai dan berehat dengan menikmati urutan menyamankan di Sembunyi Spa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya