Cucur Itali rangup di luar, enak di dalam - Utusan Malaysia

Cucur Itali rangup di luar, enak di dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU pisang goreng atau cekodok menjadi sajian makanan petang di negara ini, Fritto Misto di Mare pula menjadi kelaziman sebagai kudapan bagi penduduk di Itali. 

Seringkali kita mengeluh menempah makanan laut bersalut tepung ini kerana sesetengah tempat ‘lebih’ tepung daripada isi, selain rasa yang tidak seimbang. 

Chef de Cuisine di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam, Tajuddin Dolmat berkongsi tips menggunakan tepung tempura yang dijual di pasaran tempatan bagi mendapatkan resipi enak. 

Kongsinya, penggunaan tepung itu sama sekali tidak akan menyebabkan bahan adunan menjadi terlalu mengecut atau mengembang. 

Sebaliknya ia akan menjadi rangup dan enak dimakan pada bila-bila masa. Kalau tidak mahu memeningkan kepala, apa kata kunjungi sahaja BorakBorak Cafe & Lounge di hotel tersebut. 

Terokai pengalaman gastronomi dengan set minum petang yang dihidangkan dengan cantik dan teliti di atas set bertingkat, menjadikannya hidangan sesuai untuk berkongsi dan mencipta detik istimewa bersama teman. 

Promosi bermula dari pukul 2.30 petang hingga 6 petang itu membawakan hidangan seperti Tuna Vol-Au-Vant, Mushroom Risotto, Prawn Croquettes, Zaatar Chicken, Fatush Salad dan Club Sandwich. 

 

BAHAN-BAHAN:  

*Telur  

*Garam  

*Air sejuk  

*Serbuk lada  

*Tepung tempura  

*Makanan laut seperti udang, ikan, sotong dan batang ketam merah

 CARA PENYEDIAAN: 

1. Gaul makanan laut dengan tepung tempura. Tidak perlu diperam bagi mengelakkan makanan laut tidak segar. 

2. Masukkan telur, garam, serbuk lada dan air sejuk. 

3. Goreng lima ke enam minit sehingga bertukar warna kuning keemasan. Lebih mudah dimasak menggunakan pemanggang udara elektrik (air fryer) yang boleh ditetapkan suhu dan masa. 

4. Hidangkan bersama sos picante (boleh ganti sos tomato) atau minyak bawang putih sebagai pencicah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya