PETALING JAYA: Cuckoo International Sdn. Bhd. menyambut ulang tahun ke-9 di Kuching, Sarawak semalam dengan melanjutkan lagi tempoh peraduan termasuk nilai hadiah lebih besar dan menarik selain pelancaran dua produk terbaharu kediaman sihat yang berinovasi.
Setiap tahun, jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) tersebut meraikan kejayaannya dalam memberi inspirasi kepada lebih ramai untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat dan memperbaharui komitmennya untuk memberi motivasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon berkata, Cuckoo memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk hidup dengan lebih sihat dan menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka secara berterusan.
“Acara ulang tahun hari ini mewakili visi tersebut dan menyerlahkan lagi semangat iBeyond Standards’ kami untuk memenuhi harapan tinggi rakyat Malaysia.
“Kami terus memperkenalkan produk-produk berinovasi yang mewakili usaha kami untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Peraduan Terbesar Cuckoo menjadi semakin besar pada sambutan tahun ke-9 apabila pemenang akan memperoleh sebuah unit kondominium selain sebuah kereta berjenama tempatan.
Pelanjutan Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ bermula 1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023 dijangka menyuntik keterujaan yang lebih besar ke dalam pasaran dengan jumlah hadiah bernilai RM3 juta ditawarkan, meningkat daripada RM2 juta sebelum ini.
Peraduan itu juga menyaksikan hadiah menarik baharu yang ditawarkan termasuk 90 hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, tiga unit Tesla Model 3, tiga unit Proton Saga dan tiga unit Pangsapuri Servis EXSIM D’Terra.
Sementara itu Denis Anak Empalah yang memenangi Proton Saga tidak menyangka akan memenangi hadiah kereta tersebut.
Bagi salah seorang pemenang unit pangsapuri pula, Lau Hui Hua berkata, memenangi unit pangsapuri perkhidmatan EXSIM D’Terra itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan.
Sementara itu menurut Cuckoo, mereka menerima maklum balas yang sangat positif tentang peraduan tersebut sejak dua bulan lalu, oleh itu memutuskan dan mengumumkan pelanjutan peraduan dengan nilai hadiah yang lebih besar dan hadiah yang lebih menarik.
Dalam pada itu, Cuckoo memperkenalkan dua produk baharu supaya orang ramai dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat selain membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerapkan kesejahteraan dengan lebih baik dalam kediaman mereka.
Produk inovasi tersebut termasuk penapis air iaitu penapis air CUCKOO GRANDE, model tangki pertama dengan air 100 darjah Celcius yang direka khas untuk rakyat Malaysia dan ia bukan sahaja berkapasiti padat dengan pelbagai fungsi tetapi mempunyai reka bentuk minimalis agar sesuai dengan setiap kediaman.
Selain itu, pelancaran penapis udara CUCKOO U, model yang lengkap dengan penyerapan 360 darjah dan liputan yang tiada tandingan sehingga 1,161 kaki persegi, sesuai untuk penggunaan komersial.
Penapis udara itu juga dilengkapi dengan Penapis Ultra-Deo HEPA+, membolehkan ia menapis sehingga 99.995 peratus bakteria dan virus di udara serta disalut dengan tembaga sulfida yang memberikan penapis udara ciri antivirus, antibakteria dan antikulat.
Tambah Kian Choon, pelancaran dua produk yang berevolusi itu untuk meningkatkan lagi piawai produk kediaman sihat dan percaya bahawa produk-produk tersebut akan menyediakan cara yang lebih bijak dan lebih mudah supaya pelanggan dapat menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka.
Beliau juga yakin ia akan meletakkan Cuckoo pada trajektori pertumbuhan yang betul ke arah matlamat mereka sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat Nombor 1 di Asia. – UTUSAN