Cinta bertaut kembali? Ini jawapan Wani Kayrie - Utusan Malaysia

Cinta bertaut kembali? Ini jawapan Wani Kayrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA nama Wani Kayrie diumumkan sebagai penyanyi duet yang bakal menemani peserta All Star Gegar Vaganza, Nikki Palikat di minggu keempat, ada segelintir kurang senang dan tidak berpuas hati.

Di kala peserta lain bakal berduet dengan nama-nama besar industri, Wani dianggap terlalu muda dan belum mencapai tahap seorang penyanyi hebat. Sehingga ada yang personal, mengapa Nikki menerima layanan begitu?

Hakikatnya, Wani bukan setahun jagung dalam industri. Bakatnya begitu besar walaupun usianya masih muda. Tetapi apabila menerima kecaman sebegitu, adakah Wani berkecil hati apabila bakat dinafikan?

Dalam ruang cerita berbeza, Wani juga ketika ini dikatakan kembali bersama dengan bekas teman lelaki, Afieq Shazwan. Semua gara-gara mereka sama-sama bercuti dengan rakan lain di Bangkok, baru-baru ini.

Jawablah mendapatkan penyanyi Fajar itu. Benarkah dia berkecil hati? Jika benar, adakah Afieq tempat bahu bersandar? Wani, Jawablah!

Bila nama Wani diumumkan bakal berduet dengan Nikki hari ini untuk All Stars Gegar Vaganza, ramai teruja. Tetapi ada juga yang mempersoal pemilihan Wani? Masih muda, tak sesuai kata mereka. Komen sikit.

Wani tak boleh hendak komen sebenarnya bila ada yang persoalkan, kena tanya Kak Nikki sendiri. Itu adalah pilihan individual dan saya rasa, dia mempunyai sebab kukuh kenapa memilih penyanyi muda seperti Wani.

Wani pun sudah kenal dia. Tahu kredibiliti dan semangat juang dia dalam satu-satu pertandingan. Saya melihat dia sebagai penyanyi yang hebat. Vokal dan bakat dia sangat besar.

Kecil hati tak? Atau Wani anggap ini adalah pentas pembuktian untuk buat yang terbaik? Wani juga bukan setahun jagung, sudah lama bertarung di pentas seni bukan?

Wani ada baca di X, yelah juga nak tahu tanggapan netizen kan. Nak tahu juga siapa artis jemputan lain. Sejujurnya, kalau berkecil hati itu tidak ada. Tetapi Wani sebenarnya rasa ‘kecil’ dalam industri.

Sebab nama-nama artis lain yang menjadi rakan duet besar-besar belaka. Jadi terus rasa kerdilnya Wani di pentas itu nanti. Tetapi itu bukan satu masalah. Yang kenal, tahu Wani bukan setahun jagung dalam industri.

Mungkin nama saya tidak segah nama penyanyi lain yang ada malam ini, tetapi saya anggap ini juga adalah pentas untuk saya menimba ilmu dan diadili juri-juri yang berpengalaman. Hebat-hebat belaka, baik peserta dan juri.

Kita tukar topik pula ya. Ada hantaran baharu Wani bercuti bersama Afieq Shazwan di Bangkok baru-baru ini. Ada yang masih berharap cinta bertaut kembali? Komen sikit.

Itu sebenarnya percutian yang tertangguh lama, masing-masing sibuk kan. Ada juga baca adakah Wani dam Afieq bercinta kembali. Jawapannya, bukan sekarang atau mungkin tidak.

Kami dah putuskan untuk berkawan rapat dan sampai sekarang pun, kami selesa begini. Masing-masing pun ada komitmen sendiri untuk bina nama yang lebih kukuh dalam industri.

Sejujurnya ada rasa tertekan tak bila ada berharap sangat kalian bercinta semula?

Hendak kata tertekan pun tak boleh sebab kami memang rapat. Malah kami pun tak pernah letakkan label apa-apa untuk hubungan kami.

Afieq seorang kawan yang sangat memahami dan sentiasa ada ketika Wani memerlukan. Lebih baik jika kami berkawan rapat tanpa komitmen cinta.

Nanti terjadi sesuatu yang tidak diingini, boleh ganggu kerja, emosi dan pelbagai lagi aspek. Susah nanti, jadi tak perlu pun bercinta.

Macam mana perkembangan seni sekarang? Ada kerjasama lagu duet? Mungkin dengan Afieq ?

Alhamdulillah kerjaya seni berjalan seperti biasa. Kalau perancangan lagu duet itu, mungkin bukan sekarang.

Kami pun berbeza label, susah untuk berduet sama. Masing-masing juga ada strategi dan perancangan sendiri. Fokus kerjaya sendiri dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya