Calon BN belum putuskan rayuan petisyen Masjid Tanah

Calon BN belum putuskan rayuan petisyen Masjid Tanah

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Abdul Hakim Abdul Wahid belum memutuskan sama ada akan merayu keputusan Mahkamah Pilihan Raya di sini yang membatalkan petisyen pilihan raya dibuatnya, Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan peguam pempetisyen, Amin Othman kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, semalam.

Amin berkata, setakat semalam anak guamnya belum memberikan sebarang arahan sama ada kes itu akan dibawa ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Kami masih lagi belum dapat arahan daripada anak guam untuk merayu. Kes ini masih boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan manakala tempoh rayuan adalah dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh keputusan,” katanya.

Kelmarin, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Abdul Hakim untuk mencabar keputusan PRU15.

Susulan itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pempestiyen gagal membuktikan wujudnya unsur rasuah pada PRU15. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya